Royal Black
| EmaAsmat | PSAS's student | Quantity Surveyor |

Hello to all visitor.. I just can say Hello and I'm back.. I just a simple girl.. Respect me and I will respect you as well..





Skin by Ayien
Cute favicon byBabydoll
Blog ownerEmaLeggo

Daisypath Anniversary tickers
Double Stemcell
| Friday, December 6, 2013 | 11:25 PM |
Assalamualaikum

Double Stemcell ? Pernah dengar tak ? Mesti pernah dengar sebab benda ni amat popular di alam maya. Dan katanya boleh jana income sehingga beriban-riban.

Biar betul ?

Sebelum tu, mari kita tambahkan ilmu apa sebenarnya Double Stemcell ni ?

************************

Double Stemcell adalah hasil teknologi PhytoCellTec Malus Domestica, iaitu berasaskan sel stem tumbuhan untuk perlindungan dan pembaharuan sel stem manusia. Tujuan utama adalah untuk membantu sistem sel tubuh agar berupaya meningkatkan aktiviti pembaharuan atau penghasilan semula menggantikan sel tubuh yang telah rosak akibat kecederaan dan faktor usia.

Apa khasiat sebenar Double Stemcell ini sampai terlalu hangat ?




Dapat income beriban-riban ? Apakah itu ?

Dengan adanya produk Double Stemcell ni, kita boleh buat bisness. Tak percaya ? Pada awalnya saya kurang percaya, tapi bila dah kena batang hidung sendiri. Melompat seronok tau.

Di bawah ini adalah wajah2 jutawan dengan hasil produk ini :


Menarik bukan ?

Harga ?
Harga Pasaran: RM250/ 1packet
Harga Promosi : RM270/ 2packet + free membership + free delivery!!!

Apa kata kamu menjadi ahli, ini yang dinamakan keuntungan. Income yang lumayan.

Ingin menjadi rakan niaga?

Modal RM270 SAHAJA untuk seumur hidup..

Apa yang anda dapat?? 2kotak Double Stemcell berharga Rm500
Dapatkan Double Stemcell hari ini juga!!!! 



SILA PM/WHATSAPP/CALL 013-582 7161 @ SALIMA
SERTA LAWATI FACEBOOK DAN TWITTER SAYA
*gadgets di bawah 'chitchat'*
xoxo


New Life
| Tuesday, December 3, 2013 | 2:33 AM |
Assalamualaikum



I wanna to tell you about my ‘New Life’ for the sem3 in Politeknik Sultan Azlan Shah. ‘New Life’ ? What’s happen to old life ? Emma masih yang sama seperti dulu, gila-gila, gedik-gedik, happy-happy and try to be more friendly (:

Eh eh eh hi blogger, do you remember me ? Do you know, I miss you so damn much. Hashtag SERIOUS TALK !!

Rasa lama sangat emma tidak mengaktifkan diri dengan ber-blogging ni. Agak  kekok sedikit -.-“ InsyaAllah, emma kembali seperti biasa. Dan, dalam masa yang sama emma tak sangka dah sem 3 tau. *bangga jap*

Pejam celik pejam celik emma sudah pun melepasi semester 2, and now I’m in semester 3 !! Alhamdulillah, keputusan menggembirakan. Even tidak dapat Anugerah Ketua Jabatan (AKJ) tapi sekurang-kurangnya pointer tak jatuh.

Alhamdulillah ~ InsyaAllah, semester 3 ni harus study hard !! Jangan nak buat benda lagha (perkara yang sia-sia) sangat.

Behrang 2020 masih dihati. And saya ni memang setia dengan Behrang 2020. Hahaha, takdalah. Emma tinggal disini sepanjang pengajian. So emma nak tak nak kena hidup lebih berjimat dan berdikari sebab kat sini kita tiada sesiapa nak tolong and kena aturkan duit dengan lebih jelas. Sewa rumah ? Duit minyak ? Makan ? Elektrik ? Air ? Deposit rumah ? What else -.- ? Semua ni pakai duit, so kami sebagai student hanya mengharapkan duit PTPTN sahaja.

But it’s okay. InsyaAllah, dapat lah nanti buat budget 2014 for sem3 ni. Haha xD


Diri ini mengharapkan yang terbaik pada setiap semester. Dan akan memberi kejayaan kepada keluargaku, dan mengaku yang aku mampu lakukannya


xoxo

KLCC
| Monday, May 13, 2013 | 9:00 PM |
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Hello Dunia

* Subhannallah, Indah dan uniknya ciptaanNya*


KLCC ? Kenapa dengan KLCC ? Nampak tak gambar kat atas tu mesti korang tahu kan dekat mana gambar tu , ini lah Aquaria KLCC. Sungguh unik kan ciptaanNya. Makhluk tuhan paling seksi. Hahaha, gurau je. Kami pergi satu family , waaaah happy and fun habis lah. Saya agak jakun disana sebab pertama kali masuk aquaria -.-"

*Nenek , kakak ipar , adik , me , ibu , abang ipar and angah .. Where is my brother ? Ha, yang jadi photographer tak bertauliah ni ha*

Rasa happy sangat sebab dah lama tak keluar satu family macam ni. Actually, kitorang keluar ni ada sebab. Sebab apa ? Ok nanti saya bagitahu ok. 
Banyak betul jenis ikan yang pelik-pelik saya jumpa *nampak tak jakun kat situ* . Hebatkan kuasa Tuhan.

*Ikan ni adik beradik dengan ikan pari kot*

Serious talk, ikan ni malas yang amat (✖╭╮✖). Sepanjang saya berjalan di lorong aquaria ni asik jumpa spesis ikan ni asik tidur je. Memang aneh. 
Puas and penat kami berjalan pusing satu aquaria ni, perut pun dah lapar apa kata kita gi makan dulu. Waah, Abang Long belanja makan KFC. Perrgh layan, tub2 je ada satu kejutan !!











Selamat Hari Ibu , Ibuku Muslimah Bt Samsuri !!

Waaaah, ni lah sebabnya kitorang satu family keluar bersama-sama. Terharu ibu sampai mengalirkan air mata, saya pun nak ikut nangis jugak time tu. Hahaha, ibu dapat hadiah ! 


Ibu, terima kasih atas semua yang telah engkau berikan kepadaku. Terima kasih untuk kelmarin, sekarang dan juga yang akan datang. Thanks for being such a wonderful  Mom ! I LOVE YOU, IBU !!


xoxo

One Month , Holiday !!
| Friday, May 3, 2013 | 5:00 PM |
Assalamualaikum
Hello Kuala Lumpur


Look at my blog, dah lama rupa nya saya tidak jenguk blog ni. Last update bulan December. What December ?? Ok now bulan May (ˇ_ˇ")
Actually bukan apa, kat sana WIFI kurang best sebab line slow. Hewhew ~

Ok, back to the story. Now, saya tengah cuti sem. Waah, heaven gila. Final exam baru je habis. Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar and saya boleh jawab walaupun jawapan merapu. Hope my pointer ok and lepas.

Look ! Sepanjang saya berada di kamsis sempena sem 1 ni, banyak betul pengalaman saya. Tapi pengalaman paling buruk ialah kami semua kebulur (╥_╥) Sebab makanan tak di jual sangat time cuti umum ni.. Aish, sabar je lah.

Oh2, saya nak post gambar2 yang penuh dengan memori kat sini.


*After class Polibriged , ni last class kami *


*Dinner Diploma Ukur Bahan 2/3/2013 , Ni semua warga DUB PSAS*


*Ini pulak warga DUB1A , yeah my classmates*




*This ! Yeah, saya masuk pertandingan zapin wakil poli di Universiti Teknologi Petronas yang menganjurkan FESCO 2013*


" Jangan fikirkan yang sedap saja kadang-kadang kita kena juga telan yang pahit sebab kadang-kadang yang pahit itu ubat  sedangkan yang sedap itu racun " 


xoxo

MSK, Zap zap Boom !!
| Tuesday, December 25, 2012 | 8:39 AM |

Assalamualaikum
1m4u !!




Nampak tak logo apa kat atas tu? Yeah, itu lah Politeknik Sultan Azlan Shah atau dikenali sebagai PSAS.

Lama saya tidak update entry baru kan kat sini. Actually, sejak berada di PSAS ni, saya memang tak sentuh langsung pc or lappy. Just online kat my phone -.- Tak puas wei !!
Banyak sangat cerita saya nak bagitahu korang. Agak excited jugak lah sebab ini first time in my life duduk asrama and jauh gila dari family :( Kebetulan one week ni cuti perayaan ^.^ KL I MISS YOU !!
Ok lets start, first day kat sini saya memang agak ganjil. Yelah semua orang kat sini memang tak kenal langsung except Amalina, she is a my high school friend. She is the only friend that I know. 
Macam biasa lah new student mestilah buat pendaftaran and kemas barang kat bilik masing-masing.
Hello, I got room V6-023 and my roomate nama dia yana :) Cute girl ok.

*say cheese :) I nampak chubby because baju tu besar yang teramat*

*Ni pulak semasa senamrobik, kami yang paling happy gila*

Yuhuu, I got hamper ! 

*me? Dua dari kiri*

Gambar kat atas ni? Ni time Minggu SuaiKenal (MSK). One week kami di-dera oleh kakak2 senior :( But happy gila ..
After one week kami menjalani MSK, class and kuliah pun dah bermulaaa..

Slogan MSK_Senior : MSK?     Kami : Zap zap boom !     Senior : MSK?!     Kami : Boom boom yeah !     Senior : MSK?!!      Kami : Zap zap boom boom yeah!!

xoxo

Step by step
| Monday, December 3, 2012 | 6:15 AM |

Assalamualaikum
Salam sejahtera

Alhamdulillah, semua nya selesai dengan mudah walaupun bank dah nak tutup waktu tu. Now, tinggal PTPTN je belum selesai lagi. Abang kata it's ok. Yang ni time belajar pun boleh uruskan, so takda lah kelam kabut sangat.

Si pipi tembam and si gigi arnab !!
Yeah, thats me :) Chubby kan. Memang pun -.- Idk macam mana boleh jadi chubby macam ni. Ramai yang kata saya makan pil. PIL ?? Pil dari doktor pun tak termakan ini kan pula pil benda mengarut macam ni,
Arrgh, tapi ramai yang kata CUTE *bangga sat*
Esok memang kena gi tempat kerja, nak fotostat and print bagai. Actually, tempat lain boleh buat tapi kat Melawati. Aiiii, tak boleh nak jauh lagi sebenarnya kan. So better gi tempat kerja sendiri. Senang sikit, jimat kos pengangkutan.
So leggo !!
Life is like a camera lens.
Focus only on what's IMPORTANT
and you will capture is perfectly
xoxo

Just do It !!
| Sunday, December 2, 2012 | 9:30 PM |

Assalamulaikum
Hi visitors !


2.00 am , baru siap list kan barang keperluan yang nak di bawa di sana. Rasa macam agak tertekan jugak nak fikir kan barang apa yang nak di bawa -.-


Banyak nya barang yang tak beli lagi. Duit-duit, di mana kau duit. Dah lah gaji bulan 11 tak dapat lagi. Terpaksa guna duit simpanan kat dalam account Maybank. Thanks to Allah, sebab ada simpanan yang lebih. Tak sia-sia saya kerja kan *bangga*
Ramai jugak kan yang tak dapat study awal, tup tup dapat study. Walaupun hanya Politeknik bukan Universiti, but rasa bersyukur sangat :)

Semalam saya buat medical check up kat Klinik Idzham, Melawati. Check check and check, lastly kena pergi Hospital Damai buat x-ray. Ingat kan sekali jalan je kat Klinik Idzham. After x-ray gi balik Klinik Idzham sebab nak pengakuan doktor. Sabar je lah, nasib baik dua tempat ni berdekatan -.-

X-RAY REPORT
                    CHEST:
                         - The heart size is normal
                         - The lungs are clear
                         - There is scoliosis of the thoracic spine with the convexity to the right

Whaaaaaaat!! K tulang bengkok. Firstly, memang agak 'kaget' , but doktor tu cepat-cepat "Eh don't worry dear"
Ni berpunca saya tidur di katil yang tak sesuai -.- Pelik bin aneh bunyi nya kan, but itu lah reality nya.

Ok stop pasal tu, seram pulak bunyi nya.
And tomorow, kena settle kan pembayaran yuran kat semua bank. Semua bank?
Firstly, kena gi Maybank. Nak keluar kan duit simpanan nak bayar duit yuran ni.

          1) Yuran Pengajian        : Rm200.00
          2) Yuran Asrama           : Rm60.00
          3) Bayaran Pendaftaran : Rm585.00
          4) Deposit Asrama         : Rm100.00
                     Jumalah Bayaran : Rm945.00

 Duit duit dan duit. Di dunia kalau tiada duit apa lah terjadi kan.
Second, gi CIMB then gi Bank Islam.
Lepas tu, settle. Hope esok semua masalah kewangan ni settle and apa yang saya rancangkan ni berjaya.
xoxo



Old things